NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dungun, Hulu Terengganu masih terjejas


KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurang apabila hanya seramai 5,112 orang daripada 1,272 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat jam 10 malam ini, kesemua mangsa itu ditempatkan di 20 PPS di Hulu Terengganu dan Dungun.

Terdahulu, banjir di Kuala Terengganu dan Kemaman pulih sepenuhnya apabila PPS di daerah berkenaan ditutup jam 5 petang tadi.

Ia diikuti penutupan dua lagi PPS di Kuala Nerus yang menempatkan 33 mangsa daripada tujuh keluarga jam 9 malam.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa teramai iaitu seramai 4,804 orang daripada 1,200 keluarga yang ditempatkan di 16 PPS.

Bagaimanapun, ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding petang tadi iaitu seramai 4,846 mangsa daripada 1,213 keluarga dipindahkan ke 19 PPS.

Di Dungun, seramai 308 mangsa daripada 72 keluarga masih berada di empat PPS.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo