NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arahan bayar RM62.5 bilion kepada waris Sultan Sulu bakal cetus kekacauan di Sabah - SAPP

Tarikan wang RM62.5 bilion itu akan memburukkan lagi konflik dalam kalangan lebih 50 penuntut Sulu yang mendakwa sebagai waris keluarga Kiram, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee. (Gambar Facebook)

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Teck Lee berkata, arahan penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa supaya kerajaan Malaysia membayar RM62.5 bilion kepada waris Sultan Sulu yang terakhir dibimbangi akan mencetuskan kekacauan di Sabah.

Katanya, arahan itu mampu mendorong beberapa elemen keturunan Kesultanan Kiram yang sudah tidak berfungsi untuk mencetuskan gangguan di Sabah.

“Pendatang tanpa izin dari Filipina juga akan merasakan mereka sah untuk kekal di Sabah, justeru menyukarkan pihak berkuasa Malaysia menghantar mereka pulang.

“Pada masa sama, tarikan wang RM62.5 bilion ini akan memburukkan lagi konflik dalam kalangan lebih 50 penuntut Sulu yang mendakwa sebagai waris keluarga Kiram,” katanya dengan menambah selepas kemangkatan Sultan Sulu terakhir tanpa waris lelaki pada 1930-an, Filipina telah mengisytiharkan bahawa kesultanan itu telah berakhir.

“Latar belakang inilah yang membawa kepada kes mahkamah Dayang Dayang (anak perempuan Kiram) terhadap kerajaan Borneo Utara dan lain-lain pada 1939 di mahkamah, di Sandakan,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Yong berkata, apa yang dikatakan pemberian RM62.5 bilion oleh penimbang tara asing terhadap kerajaan Malaysia yang memihak kepada keturunan Kesultanan Sulu sama sekali tidak diperlukan dalam undang-undang dan tidak akan sampai ke mana.

“Penganugerahan ini yang kononnya dalam keputusan timbang tara selepas urusan berat sebelah di negara asing tidak mempunyai asas dan tidak akan mempunyai kesan undang-undang, sama seperti perbicaraan tribunal berat sebelah yang dibawa oleh kerajaan Filipina terhadap China berhubung perkara Laut China Selatan.

“Satu lagi akibat daripada ‘anugerah’ ini ialah kerajaan Filipina akan menghalang keluarga Kiram daripada mendapatkannya pada jumlah RM62.5 bilion ini, bayangkan berapa banyak lagi masalah yang boleh ditimbulkan oleh penerima RM62.5 bilion kepada kerajaan Filipina?” katanya.

Yong turut menggesa kerajaan Malaysia menyiasat siapa yang membayar yuran guaman dan kos kes timbang tara yang telah dilakukan kepada Sepanyol dan Perancis memandangkan ia pasti menelan belanja jutaan ringgit dan keluarga Kiram tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakannya.

“Apabila kita mengetahui identiti pembayar yuran dan kos guaman, kita akan mempunyai identiti pesalah yang mendorong keturunan Kiram yang miskin untuk meneruskan tuntutan Sabah mereka.

“Saya kini menggesa kedua-dua kerajaan persekutuan dan Sabah untuk bersungguh-sungguh dan serius bagi melaksanakan kempen yang konsisten dan terancang untuk menentang implikasi politik dan keselamatan daripada tuntutan Filipina serta Sulu ke atas Sabah, termasuk yang terbaru yang dipanggil anugerah RM62.5 bilion,” katanya.

Sumber | FMT Malaysia




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo