NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya enam permohonan ceramah PRN Johor ditolak

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU: Polis Johor meluluskan sebanyak 1,411 permit bagi ceramah dan kempen sejak hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sehingga kini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata bagi tempoh sama, pihaknya menolak enam permohonan yang dibuat oleh parti politik bertanding.

Beliau berkata, antara faktor permohonan itu ditolak adalah bagi mengelakkan berlaku perselisihan kerana lokasi tidak sesuai dan lain-lain faktor.

"Mana-mana parti boleh memohon permit dan kita tiada masalah untuk meluluskannya asalkan menepati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Kita juga akan menghantar pasukan pemantauan ke lokasi ceramah bagi memastikan tidak ada perkara tidak diingini berlaku.

"Setakat ini, belum ada sebarang insiden kekecohan yang berlaku di mana-mana ceramah dan kita berharap petugas parti dapat meneruskan kempen secara berhemah," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, sepanjang PRN Johor berjalan, seramai 806 pegawai dan anggota siasatan jenayah ditugaskan di lapangan untuk menjaga keselamatan bagi memastikan kelancaran proses demokrasi terbabit.

"Sejak penamaan calon hingga semalam, sebanyak 152 laporan polis yang diterima.

"Daripada jumlah itu, 10 kertas siasatandibuka bagi kes khianat kepada poster dan sepanduk parti politik yang di siasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Kesalahan lain yang dikesan ialah ceramah tanpa permit, khianat dengan api serta hantaran Facebook yang membangkit kemarahan dan berbaur lucah serta membangkitkan perasaan jahat atau permusuhan.

"Turut disiasat perbuatan melakukan kecederaan, ceramah tanpa permit dan pelanggaran SOP, berkempen tanpa patuhi batasan, hantaran media sosial berbaur fitnah dan ketidakpatuhan SOP dan perbuatan yang mungkin merebakkan wabak COVID-19," katanya.

Kesalahan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo