NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemberian vaksin Sinovac kepada kanak-kanak bermula eso

Pemberian vaksin Coronavac (Sinovac) yang diluluskan pada 3 Mac lalu kepada kanak-kanak akan mula diberikan bermula esok. - Foto hiasan


PUTRAJAYA: Pemberian vaksin Coronavac (Sinovac) yang diluluskan pada 3 Mac lalu kepada kanak-kanak akan mula diberikan bermula esok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata pemberian vaksin berkenaan hanya akan diberikan kepada kanak-kanak yang tidak boleh menerima vaksin Comirnaty (Pfizer) atas faktor kesihatan.

Selain itu, katanya, ibu bapa juga diberi pilihan untuk mendapatkan vaksin Sinovac kepada anak mereka sekiranya tidak bersetuju memberikan pelalian jenis Pfizer.

"Mulai esok (7 Mac), Kementerian Kesihatan (KKM) akan mula menawarkan vaksin Sinovac ini di Pusat Pemberian Vakin (PPV) terpilih dan ibubapa boleh menyemak senarai nama serta waktu operasi PPV yang menawarkan vaksin berkenaan secara walk-in di laman web KKM serta PHCorp," katanya dalam kenyataan hari ini.

CoronaVac adalah vaksin kedua yang diluluskan penggunaannya selepas vaksin Comirnaty.

Dr Azmi Ghazali berkata, penawaran vaksin Sinovac di PPV yang dikendalikan oleh KKM dan PHCorp di bawah PICKids adalah percuma.

Selain program PICKids, katanya, ada klinik dan hospital swasta menawarkan vaksin Sinovac kepada kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan bayaran.

Beliau berkata, vaksin Sinovac hanya boleh diberi apabila kanak-kanak mencapai usia lima tahun pada tarikh lahir dan bagi mendapatkan status vaksinasi lengkap, dua dos vaksin Sinovac akan diberikan kepada kanak-kanak lima hingga 11 tahun dengan selang masa empat minggu.

Dalam pada itu, Dr Noor Azmi berkata, walapun vaksin Sinovac itu sudah diluluskan, vaksin Comirnaty (Pfizer) dengan formulari kanak-kanak adalah vaksin yang diberi keutamaan dalam PICKids.

"Ia termasuk kanak-kanak yang mempunyai risiko tinggi dan terdapat komorbiditi seperti ada rendah imun atau immunocompromised, penyakit paru-paru kronik, penyakit jantung, kencing manis, obesiti dan penyakit lain," katanya.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo