NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arab Saudi tamatkan kebanyakan sekatan COVID-19

Arab Saudi membatalkan kebanyakan sekatan COVID-19, termasuk penjarakan fizikal di kawasan awam dan kuarantin untuk pelawat yang sudah menerima vaksin. 


RIYADH: Arab Saudi semalam membatalkan kebanyakan sekatan COVID-19, termasuk penjarakan fizikal di kawasan awam dan kuarantin untuk pelawat yang sudah menerima vaksin.

Langkah berkenaan dilihat bakal memudahkan urusan jemaah haji dan umrah ke negara itu.

Ia turut merangkumi penggantungan langkah penjarakan fizikal di semua kawasan tertutup dan terbuka termasuk masjid, demikian lapor Agensi Berita Saudi (SPA) memetik sumber Kementerian Dalam Negeri.

Selain itu, pemakaian pelitup muka juga hanya diwajibkan di kawasan tertutup, berdasarkan keputusan terbaharu itu yang berkuat kuasa semalam.

Menurut laporan SPA, Arab Saudi juga tidak lagi mewajibkan pelawat divaksin menunjukkan hasil ujian negatif PCR atau RTK sebelum tiba ke negara itu, atau diwajibkan menjalani kuarantin.

Pandemik COVID-19 menjejaskan perjalanan jemaah umrah dan haji, yang kebiasaannya menjadi penyumbang pendapatan utama negara itu dengan pendapatan sekitar AS$12 bilion (RM50 bilion) setiap tahun.

Tahun lalu, penularan COVID-19 memaksa Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji untuk tahun kedua berturut-turut, dengan hanya 60,000 rakyat dan penduduk negara itu yang lengkap divaksin, dibenarkan menunaikan haji.

Sejak pandemik itu bermula, Arab Saudi merekodkan lebih 746,000 kes COVID-19 dan 9,000 kematian, daripada populasi berjumlah 34 juta.

Dalam pada itu, SPA turut menyatakan bahawa penekanan terhadap kepentingan pelan imunisasi kebangsaan yang turut termasuk mengambil dos penggalak, serta mengamalkan prosedur pengesahan status kesihatan melalui aplikasi 'Tawakkalna' untuk memasuki fasiliti, aktiviti, majlis, daftar masuk penerbangan dan pengangkutan awam.

Semua langkah di atas, katanya tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan negara serta perkembangan situasi pandemik 

Sumber AFP | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo