NOTIS:

Belum ada lagi....

Varian HIV lebih berbahaya Ditemukan Di Belanda

0
PETUGAS kesihatan mengesahkan ujian saringan pantas HIV yang dilakukan ke atas pengunjung acara Hari Antarabangsa untuk Melawan HIV-AIDS di Caracas, Venezuela, semalam. – AFP

WASHINGTON – Pasukan penyelidik  Universiti Oxford mengumumkan penemuan varian lebih berbahaya virus kurang imun (HIV)  yang menular di Belanda selama beberapa dekad.

Analisis pasukan saintis tersebut diterbitkan dalam jurnal Science kelmarin. Ia menunjukkan pesakit  yang dijangkiti kuman  dinamakan varian VB itu mempunyai 3.5 hingga 5.5 kali ganda lebih banyak virus di dalam darah berbanding mereka yang dijangkiti varian HIV lain.

Sistem imunisasi pesakit yang dijangkiti varian VB juga merosot dengan lebih cepat. 

Bagaimanapun, kajian sama turut mendapati selepas rawatan dimulakan, individu dijangkiti varian VB pulih dan mempunyai peluang untuk hidup yang sama seperti pesakit HIV lain.

“Tiada sebab untuk cemas berhubung varian baharu ini,” kata ahli epidemiologi Oxford, Chris Wymant selaku penulis utama kajian itu kepada agensi berita AFP.

Varian VB dipercayai mula wujud pada akhir 1980-an dan awal 1990-an di Belanda, demikian menurut kumpulan penyelidik tersebut tetapi mula berkurangan sekitar 2010.


“Penemuan kami memberi penekanan kepada garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia supaya individu berisiko mendapat HIV mempunyai akses kepada ujian berkala untuk mendapatkan pengesanan awal dan disusuli rawatan segera,” kata pengarang bersama, Christophe Fraser yang juga saintis Oxford.

Menurutnya, penemuan varian baharu HIV itu juga perlu dianggap sebagai satu amaran.

“Kita tidak boleh terlalu yakin dengan menyatakan bahawa virus akan berevolusi menjadi kurang berbahaya,” kata Wymant sambil menambah, penemuan varian Delta membuktikan perkara tersebut.

Virus HIV yang menyebabkan penyakit sindrom kurang daya tahan penyakit telah menjejaskan 38 juta penduduk di seluruh dunia dan meragut sekitar 33 juta nyawa setakat ini. – AFP 

Sumber | Kosmo!



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo