NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amerika Syarikat Menguji Penggunaan Robot Untuk Meronda Sempadan


Dengan perkembangan teknologi, kini kita telah mula melihat integrasi robotik sedikit demi sedikit dalam kehidupan seharian. Tidak hanya itu, kini Amerika Syarikat turut menguji penggunaan anjing robot untuk meronda di sempadan negara.

Robot ini digunakan untuk tujuan memantau sempadan daripada sebarang aktiviti mencurigakan. Robot yang dibangunkan oleh Ghost Robotics ini hadir dengan rekaan seberat 32kg, dan boleh bergerak sekitar 12 kilometer dalam tempoh 3 jam.


Robot ini hadir denga rekaan yang boleh berjalan pada pelbagai permukaan, selain dilengkapi dengan kamera yang turut dilengkapi sensor untuk waktu malam, dan juga pengesan suhu.

Dengan menetapkaan kawasan yang perlu dironda dalam bentuk GPS, ia akan membolehkan robot menjalankan kerja meronda dan menjaga sempaadan.

Langkah ini juga dijangka akan dapat mengurangkan penyeludupan dan sebagainya yang berlaku di sempadan.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo