NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jerman rancang pembiakan khinzir bagi pemindahan jantung

Babi yang diternak untuk pemindahan jantung kepada manusia diperiksa oleh penyelidik di Universiti Ludwig-Maximilians Munich, di ladang ujian Badersfeld di Oberschleissheim, Jerman. - Foto REUTERS



MUNICH: Kumpulan saintis Jerman merancang untuk mengklon dan kemudian merangsang pembiakan babi yang diubah suai secara genetik tahun ini untuk berfungsi sebagai penderma jantung manusia.

Ia berasaskan versi lebih mudah pemindahan organ haiwan ke dalam tubuh manusia, yang dilakukan pertama kali di dunia oleh pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.


Saintis di Ludwig-Maximilians University (LMU), Eckhard Wolf, berkata kumpulan penyelidiknya menyasarkan untuk mewujudkan spesis baharu babi, yang diubah suai daripada baka dari Pulau Auckland dan sedia untuk ujian pemindahan menjelang 2025.


Dalam pembedahan pertama seumpamanya pada bulan lalu, pasukan dari Universiti Perubatan Maryland memindahkan jantung daripada babi dengan sepuluh pengubahsuaian kepada seorang lelaki yang sakit tenat.

Doktor yang merawatnya memberitahu, lelaki itu bertindak balas dengan baik walaupun masih wujud risiko jangkitan, penolakan organ atau tekanan darah tinggi.

"Konsep kami adalah untuk meneruskan model yang lebih mudah, iaitu dengan lima pengubahsuaian genetik," kata Wolf.


Hasil penyelidikannya mencetuskan perdebatan hangat di negara yang mempunyai salah satu kadar pendermaan organ terendah di Eropah dan pergerakan hak asasi haiwan yang kuat.

Wolf, yang menjalankan kajian berkaitan pemindahan organ haiwan kepada manusia selama 20 tahun dikenali sebagai xenotransplant, berkata pihaknya masih menggunakan teknologi pengklonan yang tidak cekap.

Kaedah yang digunakan akan menyediakan haiwan asas dan generasio seterusnya akan ditambah baik sehingga mencapai spesifikasi yang disasarkan, sebelum dibiakkan secara besar-besaran.

Menurut Wolf, generasi pertama seperti itu harus dilahirkan tahun ini dan pemindahan hati mereka akan diuji ke atas babun sebelum pasukan itu meminta kelulusan percubaan klinikal ke atas manusia dalam masa dua atau tiga tahun.

Pemindahan akan dilakukan untuk individu yang didiagnosis dengan kegagalan organ dan tidak mempunyai pilihan rawatan lain.

Menurut data Yayasan Pemindahan Organ pada penghujung 2021, kira-kira 8,500 orang di Jerman berada dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ. - REUTERS



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo