NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CR Junior berhak memilih jalannya sendiri, Saya tidak mahu menekannya - Ronaldo


LONDON: Cristiano Ronaldo berjanji tidak akan meletakkan tekanan kepada anak sulungnya untuk mengikut jejak langkah dirinya menjadi bintang bola sepak.

Namun, legenda Manchester United itu sudah melabel Cristiano Jr sebagai 'bintang masa kini dan masa depan."


Ronaldo percaya anaknya yang kini berada di akademi United akan menjadi pemain yang hebat jika kekal berdedikasi dalam bola sepak seperti dirinya.


Penyokong United mula spekulasi mengenai potensi Cristiano Jr sebagai bintang baharu bola sepak apabila Ronaldo berkongsi gambarnya berlatih dengan anaknya itu di Instagram.

Pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu bagaimanapun menegaskan dia akan menggalakkan anaknya untuk memilih jalan hidupnya sendiri.

Bercakap mengenai masa depan anaknya dalam bidang bola sepak, dia berkata 'hanya masa akan menentukannya. Saya tidak mahu menekannya dan dia akan buat apa yang dia mahukan.'


"Apa yang saya paling mahukan daripada Cristianito dan yang lain adalah mereka sentiasa gembira serta memilih apa yang mahu mereka lakukan.

"Saya akan sentiasa menyokong mereka dalam apa jua keadaan." -AGENSI



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo