NOTIS:

Belum ada lagi....

Telur ayam kurang akibat pembelian panik


KUALA LUMPUR: Pembelian panik, selain sambutan Tahun Baharu Cina dipercayai antara punca bekalan telur ayam berkurangan di pasaran sekitar Lembah Klang.

Pekerja kedai pembekal telur ayam, Mohammad Salam, 29, berkata kebanyakan pembeli mendapatkan telur ayam dengan kuantiti yang banyak sejak dua minggu lalu, berbanding hari biasa sebelum ini.

"Bekalan masih ada tapi sekarang ini cepat habis mungkin disebabkan orang ramai datang membeli dengan kuantiti yang banyak.

"Kami ambil telur ayam pelbagai gred melalui pembekal dari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka kerana kedai kami menjual secara borong. Telur ayam segar akan dihantar tiga kali seminggu, jadi kami tidak berdepan masalah bekalan terputus.

"Ada juga peniaga runcit yang datang beli telur ayam beritahu mereka susah dapat bekalan disebabkan pemborong tidak menghantar bekalan ke kedai mereka," katanya ketika ditemui hari ini.


Tinjauan mendapati, sepapan atau 30 biji telur ayam pelbagai gred dijual pada harga antara RM11 sehingga RM13.50.

Tinjauan di sebuah pasar raya dan kedai runcit di pusat bandar juga mendapati, masih ada dijual telur ayam, tetapi hanya tinggal beberapa papan.

Pembeli, Nik Rohayati Mat Isa, 50, berkata dia tiada masalah untuk membeli telur ayam kerana mendapatkannya daripada pemborong di Wangsa Maju.

"Biasanya saya akan beli tiga papan telur untuk kegunaan keluarga. Setakat ini saya dapati telur ayam masih banyak dan senang diperoleh," katanya.

Terdahulu, Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, Azman Adam, dilaporkan berkata, permintaan mendadak terhadap barangan terkawal seperti ayam mentah, telur ayam dan minyak masak menyebabkan penawaran terhadap barangan itu tidak mencukupi di pasaran, khususnya sempena Tahun Baharu Cina.

Katanya, berdasarkan pemantauan anggota penguat kuasa dan pegawai pemantau harga KPDNHEP yang dijalankan hampir setiap hari di seluruh negara mendapati, ada aduan daripada orang ramai di negeri tertentu berhubung kekurangan bekalan barangan tertentu.

Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo