NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Meta hadap kerugian lebih RM 42 Billion pada perniagaan Metamesta

Meta, syarikat disebalik Facebook, Instagram dan WhatsApp, hari ini telah berkongsi sejumlah statistik berkenaan dengan kedudukan semasa syarikat mereka. Seperti dimaklumkan sebelum ini, walaupun keluarga aplikasi Meta memperlihatkan peningkatan positif, tetapi untuk Facebook sendiri, ia mencatatkan kadar maksima dan memperlihatkan penurunan sedikit untuk pengguna aktif harian.

Selain daripada itu, bahagian Reality Labsdibawah Meta juga mencatatkan kerugian berterusan. Pada tahun 2021 sahaja, ia mencatatkan kerugian berjumlah $10.19 bilion, iaitu sekitar RM42 bilion.

Reality Labs memfokuskan kepada pembangunan dunia metamesta, disamping turut menjual perkakasan seperti Meta Quest (dulu dikenali Oculus Quest).

Untuk makluman, kerugian ini sedia dijangka oleh Mark Zuckerberg padaa tahun lepas ketika mengumumkan visi metamesta. Kerugian bahagian perniagaan ini dijangka akan terus meningkat pada tahun 2022 ini.

Kerugian ini berkait dengan kajian dan penyelidikkan, selain kos mendapatkan pekerja dan tenaga pakar, serta kos-kos lain.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo