NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor sah calon PN N.40 Tiram


TEBRAU, 26 Feb: Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr. Karim Deraman disahkan sebagai calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Tiram, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 15.

Perkara ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan ini, Mohd Fahmi Salam, selepas selesai proses penamaan calon pada kira-kira jam 10.45 pagi, yang berlangsung di Dewan Muafakat Desa Jaya, Ulu Tiram sebentar tadi.

Dr. Karim yang merupakan Calon No.3 bakal berdepan persaingan tujuh penjuru menentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Azizul Bachok, Pakatan Harapan (PH) S Gopalakrishnan, Parti Pejuang Abdul Aziz Harun, Parti Bangsa Malaysia Mohd Azmi Ali, serta dua calon bebas B Kumaran dan J Jayasankar.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lepas kerusi Tiram telah dimenangi oleh S Gopalakrishnan daripada PH yang memperolehi 26,573 undi menewaskan calon BN, Maulizan Bujang (18,475 undi) dan calon PAS, Azman Atmin (5,366 undi) dengan majoriti sebanyak 8,098 undi.



Pada PRU-14 yang lepas juga PH telah membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi, manakala BN memperolehi 19 kerusi sementara PAS pula mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor dengan sebanyak 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.

Pada PRN Johor kali ini, 15 calon Perikatan Nasional adalah daripada PAS, Bersatu (33) dan Gerakan (8).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.

Sumber | Berita Pas




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo