NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertembungan dua sahabat lama di Pulai Sebatang


PONTIAN, 26 Feb : DUN N.54 Pulai Sebatang menyaksikan dua sahabat lama yang juga calon pimpinan utama dari parti masing-masing bertembung pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini.

Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussin calon Perikatan Nasional (PN) akan bertanding melawan Suhaizan Kayat yang mewakili parti Pakatan Harapan (PH), bertemu secara empat penjuru dengan Hasrunizah Hassan dari Barisan Nasional (BN) dan Abd Rashid Abd Hadi, mewakili parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Suhaizan Kayat kini sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Johor sejak 2018, sebelum ini merupakan pimpinan utama PAS Johor yang sentiasa bekerjasama dengan Ustaz Abdullah dalam menggerakkan parti sebelum Suhaizan beralih arah ke Parti Amanah Negara pada 2015.

Empat calon berkenaan telah diputuskan diterima borang pencalonan bagi kerusi DUN N.54 Pulai Sebatang di Pusat Penamaan Calon (PPC) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, pagi tadi.

Pengumuman berikut disampaikan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri Johor N.54 Pulai Sebatang, Ir. YM Raja Fairol Farouk Raja Abd Assiss sejurus selepas selesai proses penamaan calon pada kira-kira jam 10.50 pagi.

Terdahulu, Rashid Hadi menjadi individu pertama menghantar borang penamaan calon pada jam 8.30 di pusat penamaan berkenaan.

Menyusul kemudian Hasrunizah Hassan dari parti BN pada 8.39, Ustaz Abdullah Husin dari PN jam 8.49 dan Suhaizan (PH) pada 8.50 pagi.

Berikutan wabak COVID-19 belum reda, tiada perarakan atau perhimpunan dibenarkan sekali gus suasana tenang dan aman.

Proses penamaan calon dalam suasana aman dan tenang dan pada masa sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Pada PRN Johor kali ini, 15 calon Perikatan Nasional adalah daripada PAS, Bersatu (33) dan Gerakan (8).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo