NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Johor : Empat penjuru di DUN Kemelah


SEGAMAT, 26 Feb : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04 Kemelah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang, dan Barisan Nasional (BN) .

Calon Perikatan Nasional, Normala Sudirman kelihatan tiba di Dewan Serbaguna Taman Utama, Segamat hari ini dengan diiringi oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum masuk ke pusat berkenaan.

Tiga lagi calon ialah Dr Sulaiman Mohd Nor dari Pakatan Harapan, Norizan Bin Sahardin (Pejuang) dan Saraswati Nallathamby (BN).

Turut kelihatan hadir, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Halimah Ali dan Ketua Penerangan Wanita PN, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

Penamaan calon berlangsung hari ini tanpa kehadiran penyokong parti bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.



Pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ke 14 yang lalu, DUN Kemelah telah dimenangi oleh Dr Sulaiman Mohd Nor daripada PKR yang memperolehi 10,836 undi menewaskan calon BN, Anuar Bin Abd Manap (8,481 undi) dengan majoriti sebanyak 2,355 undi.

Pada PRN Johor kali ini, 15 calon Perikatan Nasional adalah daripada PAS, Bersatu (33) dan Gerakan (8).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.

Sumber | Berita Pas




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo