NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KP Johor lawan Pengerusi PAN Johor di DUN Parit Yaani


Batu Pahat, 26 Feb : Ketua Pemuda PAS Johor Ahmad Nawfal akan menentang Pengerusi PAN Johor, Aminolhuda Hassan di kawasan Dewan Undangan Negeri Parit Yaani dalam pertandingan empat penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 15 yang bermula hari ini.

Perkara ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan ini, Abdul Halim Abdul Rahman, selepas selesai proses penamaan calon pada kira-kira jam 10.30 pagi, yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Parit Raja di sini.

Selain Aminolhuda, Ustaz Nawfal yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional bakal menentang calon daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Najib Samuri dan Calon Pejuang, Mohd Ridhauddin Mohd Tahir.

Kerusi Parit Yaani telah dimenangi oleh Aminolhuda Hassan daripada PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 yang lepas yang memperolehi 12,309 undi menewaskan calon BN, Soh Lip Yap (7475 undi) dan calon PAS, Hj Nasir (2943 undi) dengan majoriti sebanyak 4834 undi.

Pada PRU-14 yang lepas juga PH telah membentuk kerajaan setelah memenangi 36 kerusi, manakala BN memperolehi 19 kerusi sementara PAS pula mendapat satu kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor dengan sebanyak 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.

Sumber | Berita Pas 




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo