NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilih PN, Pilihan terbaik demi kebaikan bangsa Johor – Kak Lah


BATU PAHAT: Seluruh pengundi di Johor dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Senggarang khasnya diseru memilih calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada kali ini.

“Pengundi dan penduduk Senggarang khasnya, pilihlah Khairul Faizi Ahmad Kamil seorang calon yang cukup pengalamannya dan dikenali wibawa serta amanahnya,” kata Ahli Jawatankusa Kerja PAS Pusat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan Pejabat PAS Kawasan Batu Pahat sebelum bertolak mengiringi calon Perikatan Nasional bagi Dun Senggarang, Khairul Faizi Ahmad Kamil pagi ini.


“Nak lantik imam pun kita pilih terbaik wibawa, amanah dan saya yakin pemilihan Khairul Faizi ini yang tidak asing dengan rakyat di sini, ada pengalaman lima kali jadi  calon dan pengalaman luas di peringkat pusat,” kata beliau memberi keyakinan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pengundi di sini perlu memilih seorang wakil rakyat yang diyakini integriti.

Maka tambahnya calon PN adalah yang tepat dengan kehendak rakyat, diyakini kredibilitinya.

Sementara itu beliau menyeru pengundi di Johor melakar perubahan pada kali ini demi masa depan bangsa Johor.

Beliau juga menyeru anak muda yang buat pertama kali memilih agar menilai pemimpin yang benar-benar wibawa untuk menjadi wakil mereka pada kali ini.

“Pilihlah pemiimpin terbaik jangan salah pilih pimpin, ini adalah demi bemi bangsa Johor, jadi kita pilih PN,” katanya lagi.

Hadir sama mengiringi Khairul Faizi adakah Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Pahat, Ustaz Roslami Mohd Salleh yang turut membacakan doa sebelum berangkat ke Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat. – HARAKAHDAILY 26/2/2022




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo