NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pertembungan 7 penjuru di DUN Tiram


JOHOR BAHRU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram menyaksikan pertandingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Perikatan Nasional menampilkan Dr Karim Deraman daripada PAS yang merupakan mantan pensyarah Fizik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Enam calon lain adalah S Gopalakrishnan daripada PKR; Azizul Bachok daripada BN; Datuk Abdul Aziz Harun daripada Pejuang; Azmi Ali daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM), dan dua calon bebas, Balasundram yang menggunakan imej gajah dan Jayasangkar AL Jeraman menggunakan imej pen.

Menurut Pengurus Pilihan Raya Tiram, Mohd Fahmi Salam, kesemua tujuh calon diterima.

Dr Karim tiba di lokasi penamaan calon pada jam 8.30 pagi dan selesai menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.05 pagi bersama pencadang, Syed Miftahul Ulum Syed Mustafa Kamal dan penyokong, Mohd Zamri Samion.

Dr Karim merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum menyambung Doktor Falsafah (PhD) Fizik Bahan di UTM.

Beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan merupakan Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Taman Sri Pulai, serta merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Pada PRU14, DUN Tiram dimenangi oleh calon PKR, S Gopalakrishnan dengan jumlah 26,573 undi, menewaskan Calon BN, Datuk Maulizan Bujang (18,475 undi) dan Calon PAS, Azman Atmim (5,366). – HARAKAHDAILY 26/2/2022




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo