![]() |
Beliau berkata, kegunaan UV berkesan bagi nyah cemar virus dan mesin berkenaan direka khas bagi nyah cemar pelitup muka.
"Idea dan rekaan mesin ini adalah inisiatif Pakar Perubatan Pusat Perubatan UM bersama Penyelidik Fakulti Kejuruteraan dalam menangani isu kekurangan peralatan pelindung diri (PPE).
"Proses nyah cemar pelitup muka hanya mengambil tempoh selama tujuh minit dan ia mampu nyah cemar pelitup muka daripada virus COVID-19 dan virus lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan UM berkata, mesin itu juga direka dengan sembilan kotak individu yang diperbuat daripada Quartz Glass bagi proses nyah cemar pelitup muka.
"Ia bagi membenarkan UVC melepasi bekas dan sampai kepada pelitup muka dan mengelakkan jangkitan silang.
"Pembangunan dan pengkomersialan mesin ini dilihat akan memberikan impak yang besar di peringkat global," katanya.
Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pusat Perubatan UM, Prof Dr Victor Hoe Chee Wai Abdullah berkata, inovasi seperti itu amat diperlukan ketika semua pihak masih bersama-sama berjuang dalam memerangi dan membendung penularan COVID-19.
Sumber | BH Online
No comments
Post a Comment