NOTIS:

Belum ada lagi....

Caj transaksi RM1 ATM bermula esok

Mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

KUALA LUMPUR: Caj transaksi pengeluaran RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan mula dikuatkuasakan semula kepada pelanggan berkuatkuasa esok.

Beberapa bank termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank, RHB Bank, Citibank dan HSBC telah memuat naik notis berkenaan di platform media sosial mereka pada pertengahan Disember tahun lalu.


Dalam makluman di media sosial, Maybank telah menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

"Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank," demikian menurut bank itu.

Menurut CIMB, "Pelanggan yang dihormati, berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic."


Menurut makluman Bank Islam pula, "Bagi pemegang kad Bank Islam, tiada caj dikenakan untuk pengeluaran menggunakan ATM Bank Islam."

Sementara itu di media sosial, beberapa pengguna melontarkan respons masing-masing dengan ada yang berkata caj RM1 itu akan menyebabkan orang ramai kembali beratur panjang di beberapa buah ATM.

Ada juga yang mengkritik bank sebagai kedekut kerana tidak mampu menyerap caj RM1 itu.

"Singgit pun bank tak boleh absorb ke cost tu. Kedekut…," ciapnya di laman Twitter.

Sebelum ini, kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020.

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu dikenakan caj RM1.

Caj RM1 yang dikenakan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) kepada pelanggan.

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah pemegang saham terbesar dalam PayNet, manakala baki sahamnya dikuasai konsortium 11 bank.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo