NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peruntukan RM58.5 juta pembangunan Islam di Sabah

Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menyampaikan cenderamata kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dalam Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah bertempat di Wisma MUIS - - Foto Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah


KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM58.5 juta kepada kerajaan negeri bagi membayar imbuhan imam, elaun guru KAFA dan takmir sepanjang tahun ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata menerusi peruntukan terbabit, sejumlah RM17.3 juta imbuhan diperuntukkan kepada 1,699 imam, RM34.2 juta elaun kepada 2,490 guru KAFA dan RM4.48 juta kepada 415 guru takmir.

Selain itu, Idris juga berkata, pihaknya turut memberi bayaran khas sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) kepada imam, bilal, siak dan guru takmir di Sabah tahun ini.

"Bayaran khas sebanyak RM500 diteruskan lagi pada tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir seramai 4,372 penerima yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2,186,000.

"Ini bagi menghargai sumbangan mereka dalam pengimarahan masjid khususnya di Sabah. Bayaran khas ini akan disalurkan kepada penerima sebelum menjelang Hari Raya tahun ini.

"Caruman kerajaan sebanyak RM232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) PERKESO juga diteruskan lagi tahun ini kepada mereka membabitkan seramai 1,230 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM286,344 setahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Sabah bertempat di Wisma MUIS, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar.

Dalam pada itu, Idris turut berkata pihaknya juga menyalurkan bantuan khas sebanyak RM1,245,000 kepada 2,490 guru KAFA di negeri ini sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap mereka.

Sumber | BH Online



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo