NOTIS:

Belum ada lagi....

MUDA rasmi bertanding di PRN Johor

MUDA bertanding dalam PRN Johor - Syed Saddiq. FOTO BERNAMA

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan parti itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, ia sekali gus menjadikan PRN Johor sebagai negeri pertama parti itu bertanding.

"MUDA secara rasminya akan bertanding dalam PRN Johor 2022. Johor adalah permulaan bagi MUDA. MUDA adalah perubahan bagi Johor," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, malam tadi.


Syed Saddiq sebelum ini dilaporkan mengumumkan parti itu didaftarkan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 23 Disember lalu.

Pada 25 Januari lalu, Pengerusi MUDA Johor, Mohd Azrol Ab Rahani dilaporkan berkata, Syed Saddiq mungkin bertanding pada PRN Johor selain mempunyai kelebihan kerana berasal dari Johor.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Syed Saddiq, calon Pakatan Harapan (PH) daripada BERSATU bertanding atas tiket PKR, menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan calon PAS, Abdul Aziz Talib dengan majoriti 6,953 undi.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18, sekali gus menjadi cabaran kepada parti politik yang bertanding. – BERNAMA

Sumber | BH Online

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo