NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 80% NFT diterbitkan percuma di OpenSea adalah palsu dan karya tiruan


OpenSea merupakan salah satu portal sehenti terbesar dalam penawaran karya-karya NFT. Apa pun, kini sebuah masalah besar membelenggu perkhidmatan berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, NFTmerupakan salah satu bentuk geran untuk aset digital, dan kini agak popular digunakan untuk penawaran karya grafik atau seni digital.

Berkongsi di Twitter, pihak OpenSea mengatakan lebih 80% NFT yang diterbitkan secara percuma pada platform mereka adalah karya ciplak, koleksi palsu atau berbentuk spam.

OpenSea berkongsi hal ini dan mengatakan kini akan mengehadkan penerbitan NFT percuma kepada hanya 50 karya sahaja.


Ciri penerbitan percuma disediakan oleh OpenSea dalam membolehkan pengguna utuk terbitkan karya tanpa perlu membayar sebarang yuran penyenaraian atau “gas fee”.

Penerbitan karya ciplak di OpenSea telah pun disuarakan ramai penerbit kandungan sebelum ini, dan sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil oleh pihak OpenSea. Walaupun kini mereka mengehadkan penerbitan percuma, namun ia mungkin masih akan kekal disalah-gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber | Amanz




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo