NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

83 kluster institusi pendidikan direkod minggu ini

Petugas Jabatan Kesihatan melakukan kerja sanitasi di kawasan perkarangan sekolah susulan penularan COVID-19. Hiasan (FOTO NSTP)

KUALA LUMPUR: Institusi pendidikan terus dilanda wabak COVID-19 dengan 83 kluster (sekitar 76 peratus) lagi dilaporkan sepanjang tempoh seminggu lalu, daripada 110 kluster baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan KKM).

Semalam, sebanyak 19 kluster pendidikan direkod daripada 23 kluster baharu, sementara bakinya adalah kluster tempat kerja.


Kluster pendidikan itu dilaporkan masing-masing dua di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka (tiga), satu klusteri di Pahang, Perak, Perlis, Sabah dan Kuala Lumpur manakala lima kluster di Selangor.

Sementara itu, angka kes harian baharu Malaysia terus meningkat semalam dengan sebanyak 5,522 kes dilaporkan, menjadikan kes kumulatif sebanyak 2,855,930 kes.

Ini kali kedua dalam tempoh seminggu ini, negara mencatat kes harian baharu melebihi 5,000 kes.

Sebanyak 5,439 kes harian baharu dilaporkan pada 27 Januari lalu. Kali terakhir Malaysia mencatat kes harian baharu COVID-19 lebih 5,000 kes pada 10 Disember 2021 iaitu 5,058 kes.


Sementara itu, setakat jam 11:59 malam tadi, kes aktif dengan kebolehjangkitan dalam negara meningkat kepada 50,030 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 43,145 kes (86.2 peratus) dikuarantin di rumah; 4,064 kes (8.1 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 2,694 kes (5.4 peratus) di hospital; 57 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 70 kes (01 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Dengan kes kumulatif sebanyak 2,855,930 kes, Malaysia kini di tangga 25 daripada 222 negara/wilayah dilanda pandemik COVID-19. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, berkata daripada 5,522 kes harian baharu, hanya 39 kes (0.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 sementara 5,483 kes (99.3 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kes sembuh pesakit COVID-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 3,285 dan menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,773,948 kes (97.1 peratus).

Sementara itu, sebanyak 102 kes di ICU disahkan sebagai COVID-19 setakat 27 Januari dan hanya 43 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. - BERNAMA 


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo