NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 8,000 persatuan sukan tidak aktif berdepan tindakan - Lian Ker


KUALA LUMPUR: Persatuan sukan yang tidak aktif berdepan tindakan seperti diberi surat tunjuk sebab, penggantungan dan pembatalan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, pihaknya memandang serius perkara itu, memandangkan 70 peratus (lebih 8,000) daripada 11,469 persatuan didaftarkan di pelbagai peringkat didapati tidak aktif.


Beliau berkata, daripada 11,469 persatuan yang didaftarkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) sejak tahun 1998 hingga 31 Disember lalu, sebanyak 217 (1.9 peratus) adalah di peringkat kebangsaan, 1,432 (12.5 peratus) peringkat negeri, 1,636 (14.3 peratus) peringkat daerah dan 8,184 (71.3 peratus) peringkat kelab.


"Kementerian melalui PJS sedang melakukan Penarafan Bintang Badan Sukan ke atas semua badan sukan yang berdaftar. 

"Persatuan perlu memberikan laporan kepada PJS setiap tahun selepas mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM), untuk kita tafsir tadbir urus dan setakat mana mereka aktif.

"Apabila mereka tidak memberikan laporan, ia memberi gambaran sebanyak 70 peratus tidak mengadakan AGM atau aktif seperti ditetapkan dalam perlembagaan," katanya, hari ini.


Lian Ker berkata, pihaknya perlu mengambil tindakan tegas seperti membatal dan menggantung persatuan tidak mematuhi akta serta perlembagaan, bagi mengelakkan mereka terus menerima bantuan kewangan atau dana berkaitan sukan.

Beliau berkata, pihaknya juga mendapati ada juga pertubuhan sukan tidak berdaftar di bawah PJS, sebaliknya berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) atau Pendaftar Syarikat (ROC).

"Jangan mereka leka dan anggap masih terus boleh ambil peluang tanpa menjalankan aktiviti persatuan mengikut lunas undang-undang," katanya. – BERNAMA


Sumber | BH Online


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo