NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada sebab untuk berterima kasih kepada PAS, UMNO bangkit atas dukungan Orang Melayu

Tanpa UMNO, Pas tidak boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan hari ini, tegas Mohamad sebagai menjawab dakwaan Hadi. - Gambar Agenda Daily

KUALA LUMPUR: Kebangkitan semula UMNO dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini bukan kerana ‘ubat mujarab’ Pas, tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Timbalan Presiden UMNO itu, parti berkenaan bangkit kerana dukungan orang Melayu selain ditambah dengan prestasi buruk kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) ketika menerajui negara.
Justeru, UMNO, tegas beliau, masih lagi merupakan parti Melayu terbesar malah merupakan parti politik terbesar di Malaysia.
Sehubungan itu, Mohamad membidas Pas dengan menegaskan, tanpa UMNO, Pas tidak boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan hari ini.
Bahkan, kata Mohamad, Pas juga sedia maklum tanpa UMNO, parti itu tidak akan dapat kekal menjadi sebahagian dalam kerajaan Persekutuan selepas PRU (pilihan raya umum) kelak.
‘’Jika Pas merasakan BN (Barisan Nasional) itu tidak lagi relevan, kita pulangkanlah kepada rakyat untuk memutuskannya. Dan biarlah rakyat juga memutuskan sama ada Pas dan PN itu relevan lagi atau tidak,’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan Mohamad itu sebagai reaksi pada kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan strategi yang diatur oleh mereka yang terlibat dengan kluster mahkamah.
Dalam masa sama, Mohamad menegaskan, UMNO bukan seperti parti lain yang ‘wala’ kepada Presiden dan tiada seorang pun yang berkuasa untuk memutuskan segalanya.
Ini kerana, kata beliau, UMNO merupakan parti untuk semua dan bukan dikuasai kelompok tertentu sahaja.
‘’Bila UMNO memutuskan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin, Cuma hanya 12 Ahli Parlimen UMNO sahaja yang akur. Demikianlah demokratiknya UMNO.
‘’Bagi mereka yang menggelar UMNO dengan pelbagai gelaran seperti itik, angsa, harimau dan sebagainya, gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun,’’ tambahnya.
Merujuk pada dakwaan Abdul Hadi bahawa PRN Johor sebagai memenuhi kehendak pemimpin yang sedang dibicarakan di mahkamah, Mohamad menafikannya.
Kata Mohamad, pelaksanaan PRN Johor bukan kehendak ‘kluster’ tertentu dalam UMNO, sebaliknya, pelaksanaan pilihan raya itu atas pelbagai sebab strategik dan Menteri Besar Johor mempunyai sebab tersendiri bagi mendapat mandat yang baharu.
Justeru, jelas Mohamad, bukan urusan parti politik lain untuk mempersoalkannya.
‘’Beliau diberi kepercayaan sepenuhnya dari parti untuk menasihati Sultan Johor, sesuai keadaan dan keperluan, bagi pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri).
‘’Menuduh ‘’kluster’’ itu dan ini sebagai penyebabnya adalah sangat tidak munasabah. Untuk makluman, istilah-istilah itu hanya ciptaan musuh UMNO sahaja,’’ katanya lagi.
Sumber | Astro Awani


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo