NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kakitangan hotel cetus kluster, Catat kes sebanyak 40 kes



KOTA KINABALU: Seorang kakitangan hotel di Kundasang yang dijangkiti COVID-19 mencetuskan satu lagi kluster baharu, Kluster Jalan Kem Bina sehingga mencatatkan sebanyak 40 kes, hari ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kluster berkaitan tempat kerja itu dikenal pasti di daerah Ranau.

"Kes indeks lelaki tempatan berusia 59 tahun dan kakitangan hotel terbabit yang dikesan positif melalui saringan bergejala di Hospital Ranau pada 23 Disember lalu.

"Saringan terhadap 70 kontak rapat, rakan sekerja serta keluarga mendapati 39 lagi kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 40 kes, termasuk enam kes baharu yang dilaporkan pada hari ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata, jumlah kes harian COVID-19 hari ini kekal mencatatkan sebanyak tiga angka.

"Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini sebanyak 161 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 241,122 kes.

"Dua kes kematian dilaporkan pada hari ini, iaitu masing-masing satu kes di Kota Kinabalu dan Papar.

"Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 217 menjadikan jumlah kumulatif 234,007 orang.

"Seramai 673 pesakit sedang menerima rawatan, iaitu 359 orang di hospital, 313 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan seorang di fasiliti swasta," katanya.


--BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo