NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Honda Hasilkan Kereta Elektrik Bagi Kegunaan Kanak-Kanak Di Hospital


Kereta elektrik sudah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga jualan yang masih di luar kemampuan marhaen. Di negara seperti Finland, hampir kesemua kenderaan baharu yang dijual adalah kenderaan elektrik kerana terdapat insentif dari kerajaan. Satu tempat yang kita tidak pernah memikirkan akan perlunya kereta elektrik ialah wad kanak-kanak tetapi Honda tetap menghasilkannya.

Kereta elektrik Shogo dihasilkan oleh Honda untuk digunakan oleh kanak-kanak berusia di antara 4-9 tahun di dalam wad. Ia diharap dapat mengurangkan kegelisahan pesakit kanak-kanak ketika mendapatkan rawatan dengan ia mempunyai kelajuan maksimum 8 kilometer sejam.


Shogo boleh dikawal sendiri oleh pemandu dengan terdapat tempat menyangkut beg cecair IV dam mesin yang diperlukan untuk merawat pesakit. Terdapat juga alat kawalan yang membolehkan orang dewasa mengawal kenderaan dari belakang. Terdapat butang kecemasan untuk menghentikan Shogo di hadapan, ruang kargo untuk patung dan nombor pendaftaran yang boleh diubah untuk meletakkan nama pemandu.

Pada waktu ini Shogo hanya digunakan di wad kanak-kanak Children’s Health of Orange County (CHOC) Amerika Syarikat sebagai Project Courage untuk membuatkan pesakit lebih berani ketika mendapatkan rawatan.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo