NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Samsung Tambah Integrasi Penemuan Dan Pembelian NFT Pada Televisyen 2022


Samsung hari ini telah memperkenalkan beberapa televisyen pintar mereka, dan menariknya, Samsung turut menyertakan ciri baharu padanya, dinamakan NFT Platform.

Dengan populariti arena rantaian-blok dan NFT, nampaknya pihak Samsung tidak ingin ketinggalan dan turut mengintegrasikan sokongan berkenaan.

Melalui aplkasi khusus yang disediakan, ia akan memudahkan penemuan karya NFT dengan mudah, selain turut membelinya melalui platform berkenaan.

Pengguna juga boleh melakukan aktiviti dagangan NFT mereka terus melalui kaca televisyen mereka. Ciri baharu ini diumumkan oleh Samsung untuk televisyen Micro LED, Neo QLED, dan juga The Frame.

Dengan pengumuman ini, semestinya ramai yang menantikan untuk mencuba ciri bahrau ini pada televisyen Samsung. Ia tidak diketahui lagi bilakah televisyen ini akan memasuki pasaran Malaysia.


--AMANZ




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo