NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Guru dibenarkan berpolitik kuat kuasa serta-merta

Kerajaan hari ini mengumumkan kebenaran kepada semua guru sekolah di seluruh negara untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi iaitu hak seluruh rakyat untuk berpolitik.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu turut melibatkan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bebas untuk berpolitik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan Kabinet bagi menghormati prinsip demokrasi, memandangkan sebelum ini golongan berkenaan dilarang untuk berpolitik.

Justeru, Perdana Menteri berkata, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, diminta untuk mengeluarkan surat pekeliling supaya guru tidak lagi diberi tekanan berhubung perkara terbabit.

"Sebelum ini, ada notis pekeliling untuk menyekat guru daripada berpolitik dan ramai dalam kalangan mereka diberi amaran untuk diambil tindakan.

"Saya sudahpun membawa perkara ini ke dalam Kabinet, dan Kabinet memutuskan untuk memberi kebenaran (berpolitik) bagi menghormati prinsip demokrasi," katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pemimpin Badan Perhubungan UMNO negeri, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata sebelum ini kakitangan Kemas dibenarkan berpolitik seperti rakyat biasa namun ketika era pantadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

"Justeru saya ingin umumkan bahawa petugas Kemas juga bebas dan dibenarkan berpolitik.

"Namun, ia tertakluk kepada peraturan jabatan masing-masing. Sebagai contoh jika seseorang guru itu berpolitik sehingga meninggalkan tugas, dia boleh diambil tindakan," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo