NOTIS:

Belum ada lagi....

Daftar GRS secara rasmi demi kestabilan, kemajuan: Srikandi

0
KOTA KINABALU: Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun (gambar) menyokong penuh usaha mendaftarkan secara sah parti-parti di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Menurut beliau, usaha itu bukan sahaja mampu menstabilkan politik dan kerajaan Sabah tetapi juga mampu membantu melonjakkan lagi perkembangan ekonomi dan kemajuan negeri.

“Kita kena faham bahawa untuk menarik pelabur luar ke Sabah, satu faktor paling penting ialah kestabilan kerajaan itu sendiri. Jika adanya pembentukan GRS secara sah dan rasmi maka kita yakin pelabur luar akan lebih mudah masuk ke negeri ini.

“Keadaan itu secara langsung mampu meningkatkan pendapatan serta kemajuan ekonomi di Sabah sekali gus membolehkan kita menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi BERSATU Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun bahawa mesyuarat secara tidak rasmi telah pun membincangkan mengenai usaha ke arah itu.

GRS dibentuk sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2020 dan pada ini dianggotai oleh komponen Barisan Nasional seperti UMNO, MCA, PBRS serta komponen Perikanan Nasional iaitu STAR, SAPP, BERSATU manakala PBS menyertai tanpa gabungan.

Mengulas lanjut, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap, usaha mendaftarkan sebagai satu gabungan rasmi dan sah dipercepatkan bagi membolehkan diwujudkan gerak kerja lebih tersusun dalam menyelesaikan sesuatu isu atau melaksanakan perancangan pembangunan rakyat.

“Kita berharap dengan adanya GRS yang sah bukan sahaja melancarkan gerak kerja kerajaan tetapi juga gerak kerja parti yang akan bekerja mendekati rakyat serta menyelesaikan pelbagai isu rakyat.

“Kita mahu gabungan ini menjadi satu gabungan yang kuat dan erat bekerja demi Sabah. Masa depan rakyat Sabah bergantung kepada kerajaan yang kuat dan stabil. Itu yang menjadi asas kepada kelancaran pentadbiran dan pembangunan rakyat,” katanya.

Sumber | UtusanBorneo

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo