NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calvin keluar DAP kerana selalu disisih

SANDAKAN: Sentiasa disisihkan antara punca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong bertindak keluar daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) semalam.
Calvin berkata, walaupun sudah lama berada dalam parti DAP tetapi kehadirannya seperti tidak wujud dan sering disisihkan.

Katanya, perkara itu bukan sekali berlaku tetapi lebih daripada tiga kali termasuklah parti tidak memberikan pelantikan watikah saya.

“Reaksi itu jelas menunjukkan pengerusi DAP Sabah tidak suka keberadaan saya dalam parti walaupun selama ini sudah menunjukkan prestasi yang baik dalam menjaga nama parti.

“Sudah lama saya bersabar kerana memikirkan hal rakyat, namun sikap pemimpin parti sudah keterlaluan dan semakin menjadi-jadi untuk menyisihkan saya,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Selain itu katanya, DAP Sabah juga sudah hilang arah kerana selalu mengalami perbalahan dalaman dan masalah komunikasi teruk antara pemimpinnya.  

Menurutnya, keputusan untuk meninggalkan Parti adalah kehendak sendiri dan tanpa paksaan ataupun dorongan daripada mana-mana pihak.

“Saya belum memikirkan untuk menyertai atau bekerjasama dengan parti lain samaada kem pembangkang ataupun kerajaan.

“Buat masa ini, saya mahu terus berkhidmat untuk rakyat sebagai ADUN bebas khususnya kawasan Elopura yang mana mandat rakyat semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu,” katanya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan kelmarin, Calvin bersama ADUN Sri Tanjong Justin Wong dan bekas senator Adrian Lasimbang bertindak keluar daripada DAP kerana mahu membela rakyat yang lebih inklusif.

Sumber | UtusanBorneo

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo