NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pindaan RUU Anti Lompat Parti dibentang Februari ini

(Gambar - Wan Junaidi (kanan) bersama wakil kerajaan dan PH bermesyuarat bersetuju RUU Anti Lompat Parti dibentang dalam sidang Dewan Rakyat, Februari ini. FOTO PEJABAT MENTERI JPM)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membentang dan memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Rakyat bermula 28 Februari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), semalam.

Katanya, keputusan itu juga selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu pindaan RUU berkenaan disegerakan dan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 tahun 2022.

"Bagi mendapatkan pandangan semua pihak, Jawatankuasa Teknikal berunsur bipartisan ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Pemandu Transformasi Dan Kestabilan Politik dianggotai lapan wakil, masing-masing empat daripada kerajaan dan PH.

"Jawatankuasa Teknikal ini akan bertemu untuk memperincikan perkara dasar dan kerangka perundangan dicadangkan, minggu depan.

"Persetujuan ini juga komitmen kedua-dua pihak bagi memastikan perkara dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik ditandatangani kerajaan Persekutuan serta PH pada 13 September 2021, dilaksanakan seperti ditetapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber | Bharian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo