NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Angkasawan alami kemusnahan sel darah merah 54% lebih tinggi ketika di angkasa lepas


Terdapat banyak kesan jangka pendek dan panjang yang dialami oleh angkasawan semasa melakukan misi. Antara yang diketahui setakat ini kesan jangka panjang ialah jirim putih otak menyusutpengaktifan semula virus dorman dalam tubuh dan pengurangan kepadatan tulang. Kini sebuah lagi isu yang serius ditemukan oleh saintis dari University of Ottawa.

Menurut kajian mereka, angkasawan didapati memusnahkan sel darah merah 54% lebih tinggi ketika di angkasa lepas. Di angkasa lepas setiap hari tubuh manusia memusnahkan 3 juta sel sesaat berbanding hanya 2 juta di permukaan bumi. Fenomena anemia angkasa lepas telah lama dikesan pada angkasawan sejak manusia mula memulakan penerokaan.

Tahap kemusnahan sel akan pulih secara beransur-ansur selepas pulang ke bumi tetapi selepas 1 setahun ia masih lagi 30% lebih tinggi dari normal. Saintis masih belum mengetahui apakah sebab biologi fenomena ini berlalu. Sekiranya berjaya ditemui, saintis dapat menyelesaikan isu anemia angkasa lepas untuk misi yang lebih lama dari bumi dan pada waktu yang sama menyembuhkan penyakit anemia di bumi.

—AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo