NOTIS:

Belum ada lagi....

NFT tidak dapat pengiktirafan Wikipedia sebagai seni

0

NFT merupakan salah satu terma yang popular pada 2021. NFT atau “non-fungible tokens” berfungsi sebagai sebuah geran kepada aset digital, dan majoriti besar yang terjual pada hari ini adalah berbentuk melibatkan karya grafik, lukisan, dan juga lakaran.

Walaupun begitu, ia dilihat masih tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seni yang ditetapkan oleh editor di Wikipedia.

Wikipedia sedia terkenal sebagai bahan rujukan ramai dalam mendapatkan informasi berkaitan sesuatu perkara. Dengan karya NFT yang terjual pada harga jutaan ringgit, para editor Wikipedia dilihat berbincang untuk menyertakannya atau tidak sebagai karya seni dengan harga tertinggi pernah terjual.

Namun, lima daripada enam editor Wikipedia mengundi supaya tidak menyertakan ia sebagai karya seni. Perkara ini membawa kepada perbincangan lanjut dalam komuniti. Walaupun tidak semua NFT adalah seni, namun masih terdapat beberapa yang merupakan karya seni.

Apa pun, pada hari ini, Wikipedia dilihat menyediakan dua senarai berbeza, iaitu satu memfokuskan kepada karya seni termahal pernah terjual, dan juga karya NFT termahal pernah terjual.

— AMANZ


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo