NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TNB bercadang buka stesen pengecas menjelang tahun 2023


Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa stesen minyak mula mengintegrasikan lokasi khusus untuk pengecasan elektrik, dan paling terbaru adalah Shell yang telah memperkenalkan stesen pengecasan elektrik pantas di Tangkak, Johor.

Menariknya, kini Tenaga Nasional, melalui Tenaga Switchgear, ingin membuka stesen pengecasan pertama mereka di Bangsar, dan dijangka tersedia menjelang 2023kelak. Menariknya, stesen ini juga dijangka akan menggunakan tenaga solar dalam menjana stesen – yang dipasang pada bahagian bumbung stesen pengecasan berkenaan.


Dengan fokus terhadap kenderaan elektrik di Malaysia, tidak mustahil juga kita melihat pihak TNB memperluaskan stesen pengecasan mereka ke lokasi-lokasi lain seluruh negara.

Disamping itu, pada masa yang sama, TNB juga dijangka akan memasang pengecas pantas DC di ibu pejabat Kota Damansara seawal bulan hadapan.

—AMANZ





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo