NOTIS:

Belum ada lagi....

Trofi Juara-Juara Asia: Malaysia tarik diri, Bendung COVID-19

0

KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) ingin memaklumkan skuad senior lelaki kebangsaan di bawah bimbingan jurulatih, A. Arulselvaraj tidak akan menyertai Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Lelaki) 2021 di Dhaka, Bangladesh yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 22 Disember 2021.
Keputusan tersebut dibuat setelah mengikut arahan dan pandangan daripada pihak Majlis Sukan Negara (MSN) juga kementerian-kementerian yang bertanggungjawab mengenai hal pandemik COVID-19 di Malaysia untuk Malaysia menarik diri daripada menyertai kejohanan tersebut.
Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyaksikan skuad senior lelaki kebangsaan perlu menjalani kuarantin kendiri bermula 8 hingga 14 Disember 2021 jika mahu berlepas ke Dhaka, Bangladesh yang sekaligus memberi kesan kepada tarikh kejohanan.
KHM juga membuat keputusan untuk menarik diri daripada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Lelaki) selepas melihat situasi yang berlaku kepada Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan juga kebarangkalian jangkitan Covid-19 yang boleh menjangkiti para pemain ketika melakukan perjalanan ke Dhaka, Bangladesh.
Antara sebab lain KHM terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan berkenaan adalah ekoran salah seorang pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan telah disahkan Positif Covid-19 baru-baru ini dan kini pemain tersebut termasuk keseluruhan pasukan sedang menjalani proses kuarantin wajib yang telah ditetapkan.
KHM juga cakna dengan beberapa ketetapan baru oleh Kerajaan Malaysia (prosedur perjalanan keluar-masuk Malaysia) dalam usaha membendung penularan Covid-19 termasuk kegurasan penularan varian baru Omicron. Oleh yang demikian, KHM juga tidak akan berkompromi mengenai soal kebajikan, kesihatan dan juga keselamatan pemain-pemain kebangsaan.
Walaupun tidak menyertai kejohanan tersebut, Skuad Senior Lelaki Kebangsaan akan meneruskan sesi latihan selepas tamat tempoh kuarantin dan akan memberikan fokus sepenuhnya kepada Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 yang dijadualkan akan berlangsung pada awal tahun 2022 (Januari atau Februari) namun lokasi berlangsungnya kejohanan berkenaan masih belum diumumkan oleh pihak Persekutuan Hoki Asia (AHF).
Untuk makluman, Kejohanan Hoki Piala Asia merupakan kejohanan yang turut menawarkan tiket ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang dijadualkan akan berlangsung pada 13 hingga 29 Januari 2023 di India. -ASTRO AWANI



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo