NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Diskaun saman tamat Rabu ini

Tempoh pengurangan kompaun saman JPJ sebanyak 80 peratus yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 15 Disember ini.


KUALA LUMPUR: Tempoh pengurangan kompaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 80 peratus yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 15 Disember ini.

Pemakluman mengenai perkara itu dibuat melalui laman Facebook rasmi JPJ tengah malam tadi.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan kaunter diskaun pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ yang disediakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, ditutup serta merta.

Ia susulan kegagalan pihak penganjur memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).

Penganjur program berkenaan juga dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19. - BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo