NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pecahkan cermin kereta isteri, Suami baran ditahan

Suspek menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali, menyuruh mangsa membuka tingkap kereta.

ALOR SETAR: Seorang lelaki ditahan selepas bertindak kasar dengan memecahkan cermin kenderaan dipercayai dinaiki isteri bersama dua anaknya dalam kejadian Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, sejurus kejadian, mangsa yang juga isteri suspek, membuat laporan polis pada jam 10.37 pagi hari yang sama.
“Ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta bersama anak-anaknya di Lorong Panglima, Jalan Teluk Wanjah sebelum menyedari dia diekori suaminya dengan menunggang sebuah motosikal Honda Wave.
"Suspek kemudian menahan kereta mangsa dan mengetuk cermin kereta bahagian hadapan sebelah penumpang beberapa kali, menyuruh mangsa membuka tingkap kereta.
"Suspek memberi alasan untuk memberikan wang kepada anak mereka namun isterinya hanya membuka sedikit tingkap menyebabkan suspek tiba-tiba merentap cermin kereta berkenaan sehingga pecah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata, serpihan kaca itu turut terkena kepada anak mangsa menyebabkan anak-anak mangsa terkejut dan trauma.
Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati kawasan itu tidak dilengkapi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) namun mangsa sempat merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya sendiri.
Kata Ahmad Shukri, suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada hari sama sejurus selepas kejadian.
Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 17 Dis ini untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.
Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif. - ASTRO AWANI



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo