NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Atasi kes buli, Setiap sekolah diperuntukkan seorang PPS - Mazlan Lazim

Mazlan berkata, PPS boleh memastikan maklumat yang ada di sekolah terbabit dapat disalurkan kepada pihak polis dengan secepat mungkin.


IPOH: Pihak sekolah diminta menggunakan sepenuhnya khidmat anggota polis yang ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) untuk menangani masalah di sekolah, seperti kes buli.
Ketika ini, setiap sekolah diperuntukkan sekurang-kurangnya seorang PPS dan boleh ditambah di sekolah-sekolah yang besar.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pengetua, guru atau warden asrama boleh berbincang dengan pegawai berkenaan bagi memastikan kesejahteraan sekolah.
"Mereka (PPS) boleh memastikan maklumat yang ada di sekolah tersebut dapat disalurkan kepada pihak polis dengan secepat mungkin.
"Kalau tidak, dia menggagau juga hendak cari siapa yang bertanggungjawab dan sebagainya.
"Sekurang-kurangnya apabila ada pegawai yang ditanggungjawabkan di sekolah tersebut, respons akan dapat cepat dan maklum balas pun cepat.
"Itu sebabnya di sini kita memang peruntukkan PPS. Gunalah PPS itu untuk kesejahteraan di sekolah tersebut," kata Mazlan yang ditemui selepas perhimpunan khas sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.
Pada Selasa, Mazlan berkata, polis akan melengkapkan siasatan secepat mungkin bagi kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar yang tular itu.
Menurutnya, hasil siasatan kes tersebut akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan selanjutnya.
Katanya, seramai 10 pelajar berumur 13 ke 15 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes tersebut dan kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam masa sama, Jawatankuasa Disiplin Bahagian Pendidikan Menengah Mara menamatkan pengajian 10 pelajar MRSM berkenaan yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli itu.
Menurut Ketua Pengarah MARA Datuk Azhar Abdul Manaf, mesyuarat itu telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa Selasa. -ASTRO AWANI


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo