NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akses Unifi Dan Streamyx Masih Bermasalah Di Sejumlah Kawasan Yang Terkesan Akibat Banjir



Sejumlah kawasan di Malaysia telah dilihat menghadapi isu banjir paling teruk di sejarah negara ini pada hujung minggu lepas, dan oleh kerana ini, ia dilihat bahawa sejumlah besar kawasan-kawasan yang terkesan dibelenggu dengan pemotongan perkhidmatan internet, termasuklah Unifi dan juga Streamyx.

Akaun Twitter Unifi telah menciap mengenai perkara ini pada petang ini, mengatakan bahawa lokasi-lokasi seperti Bukit Kemuning, Meru dan Bukit Changgang masih lagi menghadapi masalah ini setakat ini, dimana kawasan Meru sedang diperbaiki.



Untuk lokasi-lokasi Bukit Kemuning dan Bukit Changgang, ia dapat dilihat bahawa nod-nod untuk kawasan-kawasan ini, yang diperlukan untuk perkhidmatan internet fiber Unifi dan juga perkhidmatan telekomunikasi mudah-alih Unifi Mobile tidak boleh diakses buat masa ini, berkemungkinan kerana nod-nod ini berada didalam kawasan banjir.

Perkara ini tidak disahkan lagi oleh pihak Unifi, tetapi oleh kerana kawasan Bukit Kemuning dilihat mengalami masalah terputus internet sejak malam Sabtu, ini adalah alasan yang paling munasabah yang boleh difikirkan.



Melihat kepada laman web Unifi Alerts pula, kita dapat melihat bahawa kawasan-kawasan seperti Mentakab dan Bentong, Pahang juga mengalami isu terputus sambungan internet akibat banjir.

Seperti yang dikatakan, setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Telekom Malaysia akan boleh mengakses lokasi-lokasi nod ini untuk membetulkan infrastruktur ini. Kami jangkakan bahawa mereka akan mahu mengakses lokasi-lokasi ini secepat mungkin, kerana ia bukan sahaja penduduk kawasan-kawasan ini yang terkesan oleh masalah ini, tetapi juga perniagaan-perniagaan yang perlu mengakses perkhidmatan-perkhidmatan atas talian. -AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo