NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nahas 10 maut: Pemandu treler didakwa esok

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa kemalangan dekat kawasan Rehat dan Rawat USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Shah Alam

KUALA LUMPUR: Pemandu treler terbabit kemalangan hingga menyebabkan kematian 10 individu Lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), akan didakwa esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, berkata suspek berusia 37 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret 3 Shah Alam pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kertas siasatan kes itu sudah lengkap dan dihantar ke Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan keputusan.

"Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret 3 Shah Alam, jam 9 pagi esok mengikut seksyen berkenaan" katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemandu itu direman empat hari berakhir esok bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan treler dipandunya dan tiga kereta hingga menyebabkan 10 mangsa maut, pada kelmarin.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki. -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo