NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Telegram uji ciri sembunyikan mesej kandung beberan filem



Terdapat banyak cara untuk mengelak beberan seperti menghalang kata kunci berkaitan di Twitter, kurangkan aktif di Internet, serta elak bersemuka dengan mereka yang telah tonton. Dua tahun lepas, seorang rakyat Malaysia cipta pemalam khas untuk halang beberan Avengers: Endgame. Tapi bagaimana untuk elak beberan daripada aplikasi permesejan yang kita guna setiap hari?

Telegram kini dilihat sedang menguji satu fungsi khusus untuk ini. Sebelum menghantar sesuatu mesej, pengguna nanti dilihat boleh memilih teks dan di barisan pilihan BoldItalic, dan lain-lain akan ada pilihan khas Spoiler. Selepas mesej dihantar, akan ada animasi yang menutup teks yang ada beberan tadi. Animasi pada mesej beberan ini dilihat mimik Invisible Ink pada iMessage.

Ini adalah satu fungsi yang amat menarik dan sangat wajib diimplementasikan dalam semua aplikasi permesejan. Melalui ini, beberan boleh disampaikan kepada mereka yang sudah tonton jika ingin kongsi kegembiraan atau berbincang dalam perbualan berkumpulan.

Buat masa ini ia masih dalam fasa ujian dan tidak pasti bila fungsi ini dapat digunakan oleh pengguna versi beta dan juga bila ia akan ditawarkan kepada umum. Apa kata anda mengenai fungsi ini, berguna atau tidak? -AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo