Responsive Ad Slot

PRN Melaka: Tiga penjuru di Tanjung Bidara, enam penjuru di Asahan




PERTANDINGAN ‘David menentang Goliath’ itulah gambaran paling tepat untuk diberikan dalam persaingan merebut kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung pada 20 November ini.

Dalam PRN Melaka itu nanti, persaingan antara dua calon muda daripada Pakatan Harapan dan orang lama daripada UMNO masing-masing di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan Asahan bakal menjadi tumpuan semua pihak.

Pada hari penamaan calon bagi PRM tersebut pada Isnin, ‘kerusi panas’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada 20 November ini.

Setakat ini, hanya tiga calon yang hadir ke pusat penamaan calon di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara sekaligus mengesahkan akan bertanding merebut kerusi itu tanpa calon bebas.

Calon Pakatan Harapan (PH) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zainal Hassan paling awal tiba jam 8.08 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.


Ini diikuti calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang tiba di pekarangan dewan berkenaan jam 8.40 pagi, dengan ketibaannya diiringi bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Tepat jam 8.49 pagi, calon Perikatan Nasional (PN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula tiba di pusat bersama penyokong dan pencadang.Datuk Mas Ermieyati Samsudin tiba di pusat penamaan calon bersama pencadang dan penyokong bagi merebut kerusi Tanjung Bidara.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka bakal membuat perhitungan ‘heavyweight’ dengan Rauf yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka.

Tepat jam 9 pagi tadi, pusat penamaan calon bagi DUN Tanjung Bidara itu dibuka bagi calon untuk menyerahkan borang pencalonan mereka.

Setakat jam 9.25 pagi ini, tiada kelibat calon lain termasuk dari Bebas dilihat memasuki pusat penamaan ini.

Kerusi DUN Tanjung Bidara sebelum ini disandang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Md Rawi daripada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan tiga calon Bebas.

Pertandingan enam penjuru di kerusi Asahan melibatkan Fairul Nizam Roslan calon BN, Danesh Basil (PN), Datuk Seri Idris Haron (PH) dan tiga calon Bebas iaitu Mohd. Noor Salleh, Azmar Abdul Hamid dan Mohd Akhir Ayob.

Pegawai Pengurus (RO) Pusat Penamaan Calon DUN Asahan, Luqmannulhakim Mohamad Idris membuat pengumuman tersebut di pusat penamaan calon Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar pada 10.50 pagi selepas tamat tempoh penamaan calon pada pukul 10 pagi tadi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, kerusi Asahan disandang Abdul Ghafar Atan dari BN dengan majoriti 275 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan B aktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). – BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo