NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka: 112 calon layak bertanding pada


KUALA LUMPUR – Sejumlah 112 pencalonan telah diterima setakat pukul 10 pagi Isnin selepas kesemua 28 pusat penamaan calon (PPC) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ditutup.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, daripada jumlah itu, 90 calon yang dinamakan adalah daripada lima parti politik manakala 22 yang lain adalah calon Bebas dan kesemua mereka layak bertanding pada PRN Melaka.

Beliau menjelaskan, pencalonan yang diterima adalah 28 calon diterima masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), lima daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan seorang calon mewakili Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).

Selain itu kata beliau, pertembungan enam penjuru direkodkan di tiga kerusi DUN, manakala pertandingan lima penjuru pula di lima kerusi DUN.

“Pertandingan tiga penjuru pula akan membabitkan 11 kerusi DUN, manakala empat penjuru direkodkan di sembilan kerusi DUN,” katanya pada sidang media di Ayer Keroh, Melaka pada Isnin.


Abdul Ghani dalam masa sama menasihatkan supaya semua pihak termasuk pengundi harus mengikut prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan PRN Melaka berjalan dengan lancar.

Menurut beliau, SOP pencegahan Covid-19 itu berdasarkan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Secara dasarnya, semua calon tidak dibenarkan mengadakan aktiviti berhimpun, walkabout atau berjalan dari rumah ke rumah.

“Kita beri ruang calon bertanding mengedar pamplet, cuma tak boleh secara bersemuka. Kita juga benarkan mereka guna van atau lori bergerak untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain, namun perlu mendapat kebenaran polis.

“Aktiviti kempen lain yang dibenarkan adalah melalui media massa, sama ada melalui media arus perdana, televisyen dan media sosial.

“SOP terperinci boleh diperoleh menerusi portal SPR di laman sesawang spr.gov.my,” katanya.

– BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo