Responsive Ad Slot

Sultan Selangor titah segera bicarakan kes-kes rasuah

Sultan Selangor (tengah) dan Tengku Amir Shah (kanan) berkenan bergambar kenangan ketika menerima menghadap Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada Khamis. - Facebook Selangor Royal Office

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyeru supaya perbicaraan kes rasuah disegerakan dan tidak melayani penangguhan kes tanpa alasan yang kukuh.

Menerusi laman Facebook Selangor Royal Office, baginda bertitah bahawa rakyat sudah muak dan bosan melihat pendakwaan berlarutan dan terlalu lama.

Sultan Sharafuddin juga menyasarkan rasuah di Selangor dapat dibanteras sepenuhnya supaya ia tidak menjadi masalah yang lebih besar dan boleh memudaratkan generasi masa akan datang.

Ia berikutan kebimbangan baginda berhubung peningkatan yang tinggi membabitkan kes rasuah, khususnya di Selangor.

Titah itu dikeluarkan selepas baginda berkenan menerima menghadap dan mendengar taklimat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki di Istana Bukit Kayangan, pada Khamis.

Turut berangkat pada pertemuan selama dua jam itu ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Dalam pertemuan, baginda diberi taklimat mengenai peningkatan yang tinggi membabitkan kes rasuah khususnya di Selangor.

- Awani



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo