Responsive Ad Slot

Ahmad Faizal Azumu dilantik Penasihat Khas kepada Perdana Menteri


PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah dilantik sebagai Penasihat kepada Perdana Menteri, dengan taraf Menteri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, Ahmad Faizal, yang juga Ahli Parlimen Tambun dan mantan Menteri Besar Perak, akan menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat, dan pembangunan sosio-ekonomi.

“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di atas pelantikan ini,” menurut kenyataan itu lagi.



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
( Hide )
  1. Habislah, pkr,dap,bn,amanah,pejuang dan lain-lain. Ini Penasihat bertaraf dunia, lepas ni jangan mimpi korang nak tumbangkan pm. Tunggu jelah PRU15. Peja adalah "master" dalam membaca gerak geri, tipu helah, tipu muslihat yang sedang dan bakal dirancang. Tak payahlah buat lagi perhimpunan itu ini, stop right now!

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo