NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Prof Ts Dr Zaliman Naib Canselor UniMAP yang baharu

Prof Ts Dr Zaliman Sauli, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang baharu 
Prof Ts Dr Zaliman Sauli dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan memaklumkan pelantikan Zaliman adalah bagi menggantikan Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad yang telah hampir dua tahun menyandang jawatan tersebut sejak 2019.

Zaliman, 54, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik daripada Universiti Teknologi Malaysia, Sarjana Sains (MSc in Advanced Semiconductor Materials and Devices) daripada University Of Surrey, United Kingdom dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Mikroelektronik daripada UniMAP pada 2012.


“Bersesuaian dengan pengalaman beliau dalam pelbagai portfolio, Zaliman telah menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan, memperkasa staf akademik melalui kelayakan profesional dan pengalaman industri dan mendapatkan pengiktirafan bagi kursus akademik yang dilaksanakan oleh universiti menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA), QS World University Subject Ranking dan THE World University Ranking,” menurut KPT menerusi kenyataan hari ini.

Zaliman turut terlibat dalam mempergiat aktiviti penjanaan pendapatan universiti bagi memastikan kelestarian kewangan dan melaksana program berimpak yang melibatkan universiti dan komuniti melalui konsep universiti untuk masyarakat (unimap4society).

Menurut KPT, pengalaman dan kepakaran Zaliman juga telah diiktiraf melalui kepercayaan untuk menerajui pelbagai Persatuan dan Majlis seperti Pengerusi IEEE Electron Devices Society Malaysia Chapter 2009-2010 Session, Pengerusi Majlis Keusahawanan Universiti Awam, Pengerusi Majlis Kesihatan Universiti Awam dan Pengerusi Sekretariat Majlis Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam.

“Dengan visi untuk meneraju UniMAP sebagai sebuah universiti teknikal yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan dan melahirkan graduan holistik, Kementerian percaya bahawa Zaliman mampu untuk menggalas tanggungjawab ini dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan UniMAP,” menurut KPT.

- Bernama

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo