NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19 : Kematian pertama melibatkan 'kluster Parlimen'

Sidang Parlimen yang bermula 26 Julai lalu terpaksa ditanggu
Seorang pegawai khas di kementerian persekutuan meninggal dunia akibat Covid-19, dijangkiti varian Delta dipercayai dari Parlimen, MalaysiaNow difahamkan.

Sumber kementeriannya memaklumkan pegawai itu berada di Parlimen selain turut berada di pejabat kementerian di Putrajaya.

“Hari terakhir arwah di Parlimen pada 29 Julai. Pada 30 Julai (arwah) mula ada selesema,” katanya kepada MalaysiaNow.

MalaysiaNow tidak dapat mendedahkan identiti Allahyarham sehingga maklumat lanjut diterima.

Sidang khas Dewan Rakyat dihentikan pada 29 Julai lalu selepas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengarahkan premis Parlimen dikuarantin dan ahli-ahli dan kakitangan Parlimen disaring Covid-19 selepas beberapa kes positif disahkan daripada ujian saringan sebelumnya.

Noor Hisham kemudian menjelakan keputusan ujian tersebut dikeluarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang menerima empat sampel daripada Makmal Kesihatan Awam Sungai Buloh.

6 Ogos lalu, Noor Hisham berkata 85 kes positif Covid-19 berkaitan dengan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang diadakan pada 26 hingga 29 Julai lalu.

Daripada jumlah itu, 17 kes dikesan berkaitan persidangan Dewan Rakyat manakala 56 kes daripadanya dikenal pasti hasil saringan Pra-Dewan Rakyat dan empat kes kontak rapat.

Kerajaan bersetuju mengadakan semula sidang Dewan Rakyat susulan gesaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Bagaimanapun sidang khas yang diadakan bagi membahaskan langkah-langkah kerajaan berdepan pandemik Covid-19 bertukar menjadi tempat mendesak kerajaan ditukar.

Ia adalah berikutan usaha Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan teman sejawatnya dari PKR Anwar Ibrahim sedang mengumpul sokongan untuk menggulingkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berjanji untuk membenarkan pembentangan usul undi percaya ketika persidangan Dewan Rakyat diadakan semula pada September depan.

Sumber : Malaysianow


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo