NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH terus berpolitik, PN teruskan khidmat untuk rakyat





Program vaksinasi negara terus merekodkan prestasi terbaik menandingi rekod negara-negara lain.

Kadar vaksinasi harian perkapita negara merupakan antara yang terpantas di dunia, perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaludin Abu Bakar dalam Sidang Khas Parlimen baru-baru ini.

Hal ini memperlihatkan bahawa kesungguhan Kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara tanpa menghiraukan suara-suara sumbang daripada pembangkang yang tidak putus-putus mencanangkan pelbagai tuduhan.

Hakikatnya, kerajaan telah berbelanja lebih 500 bilion wang negara untuk kebajikan rakyat dan pembelian vaksin termasuk insentif untuk ‘frontliners’ dan juga sukarelawan.

Tambahan fakta yang tidak boleh disangkal lagi juga, setiap Ahli Parlimen daripada Kerajaan mahupun pembangkang telah diberi peruntukan RM300 ribu untuk diagihkan bantuan kepada rakyat di parlimen masing-masing.

Inisiatif berterusan yang tiada henti ini telah berjaya menenggelamkan semua tohmahan buruk yang sengaja dilemparkan kepada Kerajaan termasuk kempen ‘bendera putih’ dan kempen ‘kerajaan gagal’.

Seharusnya, pihak pembangkang dan netizen perlu menghentikan berpolitik serta apa sahaja sebarang tindakan yang boleh mencemarkan nama baik negara dan merugikan rakyat.

Kestabilan politik negara ini mesti dikekalkan untuk menambah keyakinan kepada pelabur domestik dan pelabur asing untuk merancakkan pelan pemulihan ekonomi negara.

Sementara itu, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato Sri’ Ismail Sabri kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) bahawa Kerajaan masih kekal dengan majoriti 110 Ahli Parlimen yang terus setia bersama dengan Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan juga pendirian Pengerusi GRS selaku Ketua Menteri Sarawak, Dato Patinggi Abang Johari Openg yang turut menyatakan sokongan kepada Kerajaan.

Sokongan ini dapat memberi kelegaan jua jaminan kepada rakyat untuk melihat Kerajaan hari ini terus kekal dan terus meneraju negara dengan baik sehingga menjelang PRU15 nanti.

Peristiwa semalam juga menunjukkan betapa terdesaknya pemimpin PH yang ketandusan idea, dengan mempengaruhi dan mempergunakan puluhan anak muda untuk berdemontrasi di Ibu Kota menuntut perkara yang tidak rasional dengan keadaan pandemik sekarang.

Sepatutnya anak muda harapan negara ini dihidangkan dengan perkara positif juga semangat untuk memajukan tanah air tercinta, bukan mempengaruhi mereka dengan menyuntik unsur-unsur negatif yang merosakkan minda dan fikiran.

PAS Johor mengajak semua lapisan masyarakat dari anak kecil, anak muda sehingga warga emas, mari kita bersatu hati tanpa mengira bangsa dan siapapun kita, untuk memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kepimpinan kerajaan menguruskan isu pandemik dan pemulihan ekonomi negara serta segala urusannya, agar kita dapat kembali menikmati kehidupan yang tenang seperti biasa.

Hentikan polemik yang tidak berkesudahan, tanamkan jiwa yang besar mendepani dugaan.

Terima kasih.

RUSMAN KEMIN
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)
1 Ogos 2021 | 22 Zulhijjah 1442H

#MalaysiaPrihatin
#MenangBersama

https://www.facebook.com/542437942521369/posts/3976425342455928/


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo