NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Susulan risiko Covid-19 sidang Dewan Negara juga ditangguh


KUALA LUMPUR : Persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Negara, yang dijadualkan pada 3 hingga 5 Ogos, ditangguhkan ke tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Menurut surat pekeliling yang ditandatangani Setiausaha Dewan Negara, Sujairi Abdullah, penangguhan itu dibuat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat.

Katanya, ia sejajar dengan cadangan dari Ketua Pengarah Kesihatan dan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan penyebaran jangkitan Covid-19.

“KKM berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19,” menurut kenyataan.

Semalam, surat pekeliling yang dihantar kepada Ahli Parlimen juga mengumumkan bahawa hari terakhir persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Ia susulan terdapat kes positif Covid-19 baru-baru ini di Parlimen, di mana lebih 70 kes Covid-19 telah dikesan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo